Wednesday, 21 March 2012

ASSALAMUALAIKUM PEEPS

Alhamdulillah, semua nya telah selesai, apa yang menjadi tanda tanya dia kepala telah terlerai. tepat pada pukul 10 pagi, serentak dia sekolah sekolah di seluruh Malaysia telah diumumkan keputusan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011.

Tepat 9.50 pagi, aku sampai di perkarangan SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BHARU dihantar oleh ayah. lepas tu suruh dia balik. tak guna punya anak. HAHA. tak sanggup laa nak bawak dia datang sekolah, takut!! Aku rela naik bas tahu x. firstfirst memang meriah macam pasar borong, almaklumlaaa 3 bulan lebih tak jumpaa. mengepoh laa alamatnyaa. tapi makin hampir pukul 10. semua dah gugup, menggigil, ada yang tak nak masuk dewan, HAHA.

dalam dewan, memang bingit dengan pekikan dan tangisan warga2 perd yang mendapat keputusan yang baik. jeless siut. tiba-tiba! 'NURUL ANA FARHANA BINTI JAHURIN !', Ustaz alwee panggil, macam taknak pegi jee, tak sanggup nak tengok results sendiri. ustaz siap kira lagi A aku, wah macam banyak je kann. hah? berapa? rahsia laaaaaa. pegang je slip. aku terdiam and termenung sekejap. dalam hati "kenapa aku tak dapat apa yang aku target?" first2 memang kecewa gila. tapi aku fikir balik, aku bukan nyaa tak ada A pun, cuma selax satu subjek je aku tak dapat apa yang aku targetkan, orang lain lagi takde A, lagi kesian, apapun ALHAMDULILLAH YA ALLAH.

aku lari sekejap dari kebingitan dewan dagang yang macam nak pecah tuu, text mak aku
aku: mak akak dapat satu A :(
mak: 1A je kak, semua sekali?

belum sempat nak balas, dia call. aduhh aku tak pandai nak menipu secara live nih. HAHA
ONCALL
mak: semua sekali?
aku: alahhhh, kenapa call, baru nak buat suprise!
mak: berapa sebenarnyaa nihh, mak dah nak nangis ni.
aku: 5A1b2c laa mak. HAHAH. sorry mak, akak tak dapat bagi apa yang mak targetkann :(
mak: alhamdulillah! aku lempang jugak budakk nih! takpe lahh bersyukur apa yang ALLAH bagi, daripada tak ada langsung :D

wah, touching jugak mak aku ni. Timetime macam ni, aku bersyukur mempunyai keluarga yang tak terlalu mendesak dan tahu pencapaian aku stakat di mana. walaupun aku tak boleh bagi keputusan yang setinggi langit, aku dah buat mak ayah aku tersenyum lebar, alhamdulillah.

okay, aku yang tudung pink tuhhh.

tahniah aku ucapkan dekat kawankawan aku yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang,
bagi yang tidak berjaya, perjalanan bukan setakat berhenti di sini, setiap apa yang allah berikan ada hikmahnyaa. teruskan perjuangan.

sekian. assalamualaikum.



Thanks For Reading. Like If You Like :)